Selamat Datang

' ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, Selamat Datang dan terima kasih kepada pengunjung yang sudi ke Blog CokLaT MaMa suE.
Kepada pengunjung yang tidak sudi melihat blog saya tidak mengapa, saya tak marah, mugkin bosan kan, memandangkan hiasan blog dan isi kandungan nya jarang bertukar. Terus terang saya katakan yang saya tak pandai buat blog ni, walaupun hodoh tak macam blog orang lain tapi blog ni hasil usaha saya sendiri. Lagi satu blog ni jarang di ubah sebab saya tak banyak masa, kalau dah mengadap blog mahu satu hari baru siap, tu yang nampak blog ni macam tak aktif je kan..... Apa pun saya tengah mencuba buat mengikut kemampuan saya la ye.

SALAM SEMUA,

Kepada pengemar coklat, mari bersama berkongsi rasa ke enakkan coklat buatan tangan. ( Homemade )

CokLaT MaMa suE
menyajikan coklat buatan tangan yang beraneka bentuk, corak, saiz, warna dan pralin SESUAI untuk Majlis Hari Lahir, perkahwinan, hantaran, Kesyukuran, cenderahati tetamu, hari IBU~BAPA~GURU, Perayaan AIDILFITRI ~CHINESE NEW YEAR ~DEEPAVALI ~CHRISTMAS dan sebagainya.

TEMPAHAN PERKAHWINAN
Hendaklah ditetapkan awal satu bulan dan 50% bayaran di RHB Bank untuk kuantiti yang banyak.
Penghantaran hanya untuk kawasan yang berdekatan sahaja, kawasan yang jauh biasanya penempah akan ambil sendiri.

TEMPAHAN MAJLIS HARI LAHIR @ KESYUKURAN
Hendaklah di beritahu awal 1 minggu.

Khamis, 20 September 2012

KUIH LAPIS BONDA




BAHAN-BAHAN
 240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula pasir
 200ml santan pekat
 1 ltr air
1 sdt garam
1 sdt esen rose
1 sdt minyak jagung pewarna

 CARA MEMBUATNYA
Membuat kuih lapis ni menggunakan kukus jadi panaskan dulu air kukusan sehingga airnya mengelegak. Cara nya :- gula + santan + tepung beras + tepung gandum + garam + minyak + esen rose di blender sambil masukkan air sedikit sedikit sehingga hancur tidak perlu habiskan air. Kemudian di tapis mengelakkan tepung berketul, setelas tapis masukkan baki air tadi kacau sekata. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk di warnakan. sapukan sedikit minyak pada acuan untuk mengelakkan dari melekat. tuangkan sedikit bancuhan dan kukus selama 5 minit, setelah keras lapiskan dengan bancuhan yang berlainan warna dan ulang sehingga habis.
 SELAMAT MENCUBA RESEPI YANG MUDAH INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan